Friday, June 20, 2008

Aku Nan Sengal

wah.. baru lepas lunch. sungguh kenyang dan ngantuk. masuk2 office, takde pulak boss nak kasik kerja. jadi.. mari tulis blog!! huahahaha. seronok jugak tulis blog ni ye. baru aku tau :D

harini aku.. hmm.. sengal. harini aku sengal. sebab.. datang2 je pagi tadi boss aku takde. dia pergi meeting kat menara. so.. seperti yg kukatakan.. bos takde.. aku pun kira "takde" lah jugak. jadi utk mengisi masa lapang, aku dok mendocumentkan kerja2 aku lately. personal documentation laa. bukan wajib pun. but it's a good discipline to do it. coz.. setiap hari kita handle mcm2 benda. each ada cara and steps dia sendiri. and for someone new cam aku.. mmg penting laa utk aku get used dgn benda2 tu. bley gak sbenarnya nak tanya2. tapi kalo dah 10 kali buat 10 kali nak tanya, silap2 mmg makan penampar laa karang. so.. aku slalu documentkan apa yg aku pernah buat. for my future reference gak.

pastu.. bila dah siap document, aku memain email ngan colleagues aku. ooo.. aku lom kenalkan mereka lagi ek. nantilah bila ada masa ye. senang cerita.. kami 4 keping ni adalah antara 6 yg masuk bersama pada 5th May 2008. lagi 2 orang tu.. sorang keje shift sbb jaga operation and sorang lagi dah angkat kaki dari PB. haha. and sehingga ke hari ni, kami berempat sudah menjadi rapat. mana idaknya, tetiap hari jumpa. tak cukup dgn tu, kami beremail ria lagi bila bukan time lunch. heheh. kami ni mmg selalu men-tamomengakusalah-gunakan email PB sebagai platform berchatting. ini adalah kerana.. sebagai pekerja2 baru, kerja kami on-off. kadang ada, kadang takde. macam yg aku cerita sebelum ni laa. that doesn't apply just to me but to others yg baru masuk jugak. jadi dikala bosan (dan dikala tak bosan) kami akan berchatting. so.. bila dah berchatting dlm bentuk email, u can imagine laa betapa penuhnya inbox kan. kadang tu nak dekat seratus sehari. tu belum masuk yg email pasal kerja lagi tu.

jadi.. aku pun merasa rimas dgn inbox yg berderet. aku ni mmg camni. mmg rajin mengclear2kan inbox aku. inbox hp pun aku rajin delete. aku rimas tengok benda tu bersusun banyak2. bukan nak guna lagi pun. so aku pun mendelete laa email2 yg tak penting.. yg penting aku biar je dalam inbox. dah delete inbox, aku delete outbox.. pastu aku tekan2 aku nampak ada satu lagi folder.. called "Discussion Thread". aku bukak, aku tgk berderet jugak. check2, rupanya folder tu simpan segala email2 berantai. bila kita hantar, orang reply, then kita reply balik.. dia masuk situ. jadi aku pun delete laa sambil berkata dlm hati ("ape kejadahnye benda ni. menyemak je"). pastu dah delete2, aku pun refresh laa email aku. rasa happy je tgk 'Discussion Thread' tu dah kosong, outbox pun dah kosong, inbox pun dah kosong.. eh jap2. inbox pun dah kosong????!! GULP!!mana peginya benda2 penting yg aku simpan td tu?? eh... aku tak caye. lalu aku pun gosok2 mata.. pastu aku refresh lagi. masih kosong. pastu aku usap2 monitor PC aku sambil slow talk ngan dia, bawak bincang elok2 then refresh lagi. kosong jugak. hampas. pastu aku mmg takleh nak buat ape dah. sbb realitinya.. mmg aku dah terdelete SEMUA!! rupa2nya benda dlm 'Discussion Thread' tu.. dia linked dgn inbox and outbox. so kalo kita buang dia.. yg dlm inbox and outbox pun akan keluar sekali. maka.. clearlaa segala folder aku (seperti yg diidamkan). setan btol. camane ni?? dah delete.. takleh retrieve.. tulun :'(

nasib baik sebelum2 ni aku dah slowly document most of kerja aku yang kat dalam inbox. tu pun seingat aku laa kan. tak tau laa kalo ada lagi (sob.. sob.. rasanya mmg ada pun). actually yg dlm inbox tu kerja2 lepas. but penting gak utk simpan. takut kena guna balik kan. mampuslaa kalo boss aku suruh review apape balik. terpaksa buat muka comel la nampak gayanya ni.

jadi.. begitulah sengalnya aku harini. tahap gaban.

2 comments:

.Faezah Zakaria. said...

ni yg nk marah ni.apesal xde pernyataan ko lunch dgn sape on this date?

Sh Munirah said...

haha fazlin..ur blog is fun :P