cuti aku kali ni takde tujuan. mmg aku amek dgn niat utk berehat. i needed to get away from everything. a lot had happened in these past few months. apart from what had stopped happening and what would never happen. work was stressful and and life was painful. it's just the matter of time to take a break!
and so i did. khamis malam, after work aku kemas2 n pulang. slow and steady. tiada unsur2 berlumba di highway kali ni. byk kereta ya walaupun hari khamis. cuti sekolah kan. mak aku pun patutnya cuti. tapi taklah cuti sgt. kena gak pegi kantin. tak kisah pun. coz by the time she balik.. aku slalunya belum bgn. huhuu. malam tu.. aku tido kat hall. adik aku tak kasi tumpang bilik dia pasal dia nak kemas (dan2). jadi aku tido depan tv. takpe. lagi best. tak tau la kol baper aku tertido. the next morning.. aku terjaga dlm kol 8.30 kot. ni biological clock punya kerja laa ni. dah tetiap hari bgn pagi gi kerja, dia suka main terjaga2. potong btol. tapi taklah pagi mana kan. huhuu. rumah senyap je. bapak aku lom bgn, mak aku pi kantin n adik aku tlg kawan dia kenduri kawin. dah jaga tu.. aku cuci muka, berus gigi, pastu pekena teh-o sa sambil menonton tv. cerita Anak Wayang kot. ntahlah. tapi yg pasti.. dlm pada elok duduk minum air tu, aku makin descending.. descending.. descending.. dan akhirnya baring dan haruslah tertidur lagi. cuti maaaa.. huhuu. tv punya turn pulak tgk aku. aku tersedar bila mak aku tutup pintu kereta. i was like.. "demn. mati aku~". dlm kemamaian tu aku lekas2 kemas tempat tidur and buat muka dah lama bgn. ko ingat mak aku percaya? the minute she saw me..
mom: baru bgn la ni anak dara ni
me: ngee.. bgn awal dah.. tertido balik (*dgn harapan agar ayat aku berbunyi suci*)
mom: sama je
me: cuti maa.. mesti kena rehat
mom: byk la rehat ko. pinggan smlm tak basuh
me: pinggan? tu ayie la. orang basuh dah smlm. mlm tadi dia lagi se-round ya. jgn tak tau. bkn orang. (*mak aku masak nasik hayam haritu. tu yg adik aku ber-round2 repeat*)
me: mak nak masak apa tghari ni?
mom: masak.. masak! mak duduk pun belum ni.
me: *terkesima*
mom: haih.. bilalaa ko ni nak blajar masak. (*<-- ayat lazim*)
hm malas dah aku nak bersuara. aku lantas mencapai towel utk mandi.
mom: mak suro pegi bank ko dah pegi ke belum?
me: erk.. macam belum je.
mom: ha tulaa. tido je. apa pun tak ingat. cepat2! dah kol baper dah ni. dahlah jumaat!
aku ingat conversation ni sbb aku seronok dah lama tak kena leter. hehe. so aku pun pegilaa bank. tabung haji ya. aku slalu rasa awkward kalo pegi tabung haji. sbb.. aku tak bertudung kan. aku cam rasa semua orang tgk aku. orang kat kaunter pun pandang semacam je. aku mmg cepat2 berurusan dan blah. adik aku dah sapu honda ntah pi mana.. so aku bawak proton lama mak aku la. manual. nasib baik still ingat. time drive ok je. cuma dah biasa power steering and sensor kan. bley tahan mencungap gak laa bila nak parking. keluar muscle2 segala. giler berat dowh steering tu. cabaran. lepas pi bank.. aku pi merayap. round2 kat kawasan2 yg aku slalu pi dulu masa dok kat melaka. plus dgn driving kereta lama tu.. mmg layan la. teringat zaman dulu2. hehe. before balik.. aku singgah kedai beli roti. aku gi kat kedai yg aku slalu pi dulu masa kecik2. masa tu naik beskal kecik aku kaler kuning. dah lama betul aku tak datang situ. aku sampai2 je.. apek tu mcm.. "waaa.. u sudah besar aaa". dia still ingat aku!! huhuu. terharu. aku pun tanya laa. "apek sihat?".. "baik.. baik.. ada baik" dia jawab. hehe. pastu dia dok tanya aku kerja mana n all. aku beli roti n mamee. tersenyum sendiri aku tgk tempat keropok tu. dulu kecik2 terlompat2 kat situ nak amek mamee. apek tu laa yg slalu amekkan. kedai tu sama je mcm dulu. tak berubah. i like the feeling. it's like i'm back in my childhood days :) the rest of the day.. aku cuma lepak.. lepak.. n lepak lagi. best!
the next day.. hujan ya pagi tu. mmg layan tido. sejuk dan redup. ada gak tersedar. tapi aku tak tau pun dah tgh hari. ingatkan pagi lagi. sampailaa mak aku bukak pintu bilik dan memulakan leteran. "lah.. tido lagi budak ni! bangunlaaa. kita nak kena gi kedai belikan barang2 adik ko.. esok pagi dah nak hantar dia.. ni bersepah barang2 ni apsal ko tak kemas.. bla bla bla bla". ntahlah apa mak aku ckp. aku just bgn dan terus mandi. pastu aku pun keluar shopping ngan mak aku. pi tukar wiper kereta.. pi beli barang asrama utk adik aku.. pi belikan dia boxer (boleh x??).. pastu merayap pi Mahkota Parade belikan mak aku luggage bag. mak aku tu nak pi Kelantan this week. kesian pulak aku tgk dia nak angkat2 beg. so aku ckpla nak belikan dia beg yg beroda. hm nak yg branded aje. takpela. mother's day present. suka dia dpt beg baru. siap perancangan. kat zip ni nak letak apa.. kat zip sana nak letak apa. ahaha. pastu kitorang pi minum air kelapa.. makan cakoi. lepak2 la dua beranak. pusing2 melaka. sgt best!! then balik malam tu tolong adik aku packing. adik aku dpt masuk MMU. ahad pagi daftar masuk.
sunday pagi.. hantar adik aku pi MMU Cyberjaya. ntah.. aku cam sayu je bila kat campus tu. bukan sedih nak tinggalkan adik aku. tapi aku teringat zaman aku mendaftar dulu. suasana dia membuat aku rasa sgt rindu. i miss my Uniten life. i miss everyone :'(
and.. aku dapat masuk asrama lelaki! yes!! hehe. time hantar barang boleh la kan. eh tapi janji dapat masuk. huhu. i've always wondered how it's like. terbukti worse than girls' hostel =P then.. it was time to leave. kesian gak tgk dia kena tinggal. kejap je dah besar adik aku. first time tu dia berpisah ngan mak. otw pi rumah mak ngah.. mak aku mulalaa dialog dia.
mom: ntah boleh ntah tidak adik ko tu
me: hm boleh punya. bukan kecik lagi
mom: tulaa kan. biar. dok rumah pun asik merayap je malam2. degil.
-silent-
mom: kang apalaa dia makan. dia dahlaa kuat makan.
me: kan ada belikan dia milo ngan biskut semua tu. pandailaa dia mak.
mom: tapi mak tak nampak pun kettle. tak pun nanti ko pi belikan dia kettle kejap. hantarkan.
me: ada tu.. dah asrama tak kasi bawak mesti dia ada sediakan.
me: ada dobi pny. kata private. jgn risau.
mom: iya? hmm.. yela. slalu asik nak campak2 baju je kan. biarkan dia rasa.
-silent-
mom: dobi tu basuh baju bukannya senonoh.. iron baju pun dia bukan reti sgt. tak pun hujung2 minggu ko ironkan baju dia utk seminggu, ja. pastu hantar.
me: wahhh.. takde maknanya orang rajin. biarla mak. kenalaa reti2kan. sampai bila lagi. kan dah besar.
tgk. betapa manjanya adik aku tu. dan betapa tak ada logikanya permintaan mak aku. aku pulak yg nak kena ironkan baju2 dia. baju aku sendiri pun nak pakai baru iron. huhu. biarkan. pandai2la hidup. aku dulu pun semua tak reti gak. it's your time to grow up, boy.
the rest of the day.. aku teman mak aku ngan mak ngah pi masjid india beli barang2 kawin shima. penat amat.
monday.. tgh hari aku hantar mak aku pi airport. then balik rumah n enjoy the rest of my cuti. lepak tgk balik koleksi Friends aku. ntah dah baper kali ulang. huhuu..
overall.. my cuti was great! i'm glad i took it. most of the time aku mmg terlupa terus pasal office and KL. feels great! i should do it from time to time :)
so itulaa cerita percutian aku. erkkk.. panjang. huhuu. kepada yg miraculously baca sampai habis.. terima kasih kerana mendengar pemerepekan aku. haha.
kaylah.. it's almost going back time! lamanya aku mengarang. selang- seli dgn kerja sebenarnya. telefon ni bkn reti diam. ada saja.
2 comments:
hahaha.. lawak la tang dialog mak ko tu...riso btol die.
fazlin kalo tlong iron bju adik die..mmg ade tak kena la tu kat skru mana2..hahaha..
weyh.iklan sape cun banget tuuuu?? thanks beb!
haha. dia sebenarnya berat tu nak lepaskan adik aku. asik dok tanya nape takmo amek MMU melaka. tak tau baper kali ulang dah soalan tu. huhu. anak bongsu kan.. biasalaa. padahal kalo aku balik aku tgk asik bertekak je diorang tu. mcm kanak2. there was once.. diorang beli aiskrim walls yg bulat2 tu. apa ntah nama dia. mereka kira ok. katakan ada 6, adik aku 3.. mak aku 3. adik aku tu haruslaa nak makan lebih. pastu tetiba aku dengar
"ko makan aiskrim mak eh ayie!". boleh tak?? aku dah gelak je. haha. sunyila mak aku lepas ni dah takde teman bergaduh.
p/s: no problemo about the iklan. cukup bulan aku hantar bil =P
Post a Comment