khamis malam haritu. masa tu dah dlm kol 12.15am kot. aku baru abes baca2 blog and nak shut down dah laptop dan diri sendiri. penat. then phone bunyik. adik aku call.
me: haa.. apa mau?
ayie: kak (pause). ko katne?
me: hm? *apa punya soalan la budak ni*. kat rumah la.
ayie: kak (pause). ko watpe?
me: haih ko ni. tak tgk jam ke? suda mahu tido la. nape? *rindu ke??*
ayie: kak (pause). ko datang amek aku pi hospital bley? aku rasa jari aku patah laa.
me: lerr.. apa pulak laa yg ko buat sampai patah?
ayie: aku pi gym tadi, main punching bag. pastu dah sakit je tangan. aku ingat takde ape. ni tgk dah bengkak.
me: mcm2 tau ko ni. ha iyelah. ko tunggu situ diam2.
aku dah agak dah. mesti sesuatu la tu kalo dia dah panggil2 aku dgn nada "akak (pause)..". so aku pun sarungla apa yg ada and kasik gegas pi MMU. ingat nak bawak pi Hospital Putrajaya je. dah dekat pun. taknak katanya. takut ramai. sudahnya aku bawak dia pi Hospital Az-Zahrah bangi. then bila tunjuk his insurance card, nurse tu ckp hospital ni bkn panel Prudential. pastu kami pun call la tanya mana dia pny closest panel. KPJ Kajang katanya. aku harusla tak tau. kajang mengajang ni aku mmg fail. then dia direct kitorang pi sana. pastu masa pi ikut jalan yg dia kasik tu.. tak nampak KPJ. nampak KPMC.
ayie: yg ni kot kak.
me: ini KPMC. dia bilang tadi KPJ.
ayie: dia dah tukar nama kot..
masuk2 tanya.. mmg pun bukan. KPJ depan lagi.
me: ha'ah. hangguk ko tukar nama.
ayie: -gelak- *bengong punya budak*
akhirnya.. jumpa jugak. masa tu dah kol 1 lebih kot. then akak kat counter tu ckp dia mmg panel tp kalo rawatan pesakit luar, insurance tak cover ya. dari ngantuk, aku terus segar. tak cover katanya. aku ni dahla tgh kering. swiping2 la nampak gayanya ni. pastu dok tunggu dia key in info adik aku dlm system dia. akak tu jenis yg menaip huruf demi huruf. nak taip FADHLI. carik F.. tekan. carik A.. tekan. carik D.. tekan. ya ampun.. bilanya nak game? tu belum alamat lagi tu. aku kat tepi dah muka pasrah je. last2 aku biar je dia kat situ bersama alam keyboardnya, aku ngan adik aku pi tgk tv. eh punyalah lama process dia. dari kami datang kol 1.15am tu.. sampai kol 3.30am baru confirmed. tersengguk-sengguk aku kat situ. adik aku pi x-ray semua. aku ingatkan takat dislocated je jari dia. doktor tarik je kang elok la kan. rupanya idok. tulang jari kelingking *<-- camano nak eja?* dia retak. kena operation. maksudnya kenalaa masuk wad. pagi esok operation. pulok dah.

hari jumaat, aku call in for Emergency Leave. pastu tido balik. siyes aku takleh bukak mata. aku sampai rumah kol 5am kot. pastu baru nak terlayang.. support phone aku bunyik kol 5.30am. aku sedar tak sedar je apa dia ckp. nasib baik bukan big problem. then about 10am camtu adik aku call ckp dia belum lagi operation pasal aku kena sign something. hm.. boleh tak boleh.. bikin sampai boleh laa bukak mata. siap n kasik gegas pi hospital. rupanya sbb adik aku belum 21, mesti ada family yg releasekan dia. then the nurse briefed me on what they were planning to do and then aku sign. sbb tak jadi operation, diorang dah kasi adik aku makan pagi tu.. so kena tunggu 6 hours after food baru bley operate dia. kitorang tgk tv jelaa sementara tunggu tu. best gak dok spital ni. silang kaki, main tekan2 remote je. 3.30pm adik aku masuk operation. aku kena gak ikut masuk dalam. tapi cuma sampai line merah je nurse bilang. diorang ensure mcm2 pastu baru masuk theatre. lambai2 kat adik mcm dia nak bertolak pegi mana. nasib baik dia tak ajak masuk skali. tak rajen aku nak pi tgk operation2 ni. seriau.

ngam2 kol 5.30, adik aku pun keluar. dia tak sedar sgt pun. then ikut tolak dia balik pi wad then lepak lagi. doctor bilang he might be drowsy for several hours and takde selera makan for a while. kesan dari bius dia tu la. food dia datang dlm kol 6.15pm. aku kejut dia ckp ada makanan, ko nak makan ke nak tido? dia bilang "nak nak. nak makan." mmg buaya keramat. ubat pun tak lut kalo pasal makan. lepas makan dia tido balik. aku lepak kemaskan barang2 dia kejap pastu aku balik sbb aku ada kelas tarian malam tu. then after tarian pegi lagi hospital bawakkan dia bantal and towel.

patutnya hari sabtu dia boleh keluar dah. tapi pagi tu doktor kata tak boleh lagi sbb antibiotik dia belum habis. tapi boleh je dia nak keluar dulu jalan2. tapi malam mesti datang balik. so that was what we did. aku hantar dia balik hostel then aku pi kelas tarian sat. pastu aku amek n hantar dia balik kat hospital. then aku arrange ngan nurse kat situ suruh diorang uruskan adik aku punya discharge by noon esoknya sbb aku ada performance petang tu. kang sape pulak nak hamek dia kan. alhamdulillah.. by 2pm semua dah selesai and i sent him back to hostel. dia dapat cuti panjang. aku suruh balik melaka tamo. sbb tgh nak exam. ha ikutla. jaga je diri tu elok2.

so that's a story i never thought i would write. adik aku ok je. nothing much. cuma bak kata arie pun.. pasni takleh la nak main amboi3x kan. huahahahaha.
3 comments:
haa..kemsalam kat si ayie. dengan ucapan, syabas bete, sile la main tumbuk-tumbuk lagi kan. haih..bikin orang sakit jantung je..kalau adik aku, harus aku kasik patah lagi, baru hanta pergi hospital, puas hati.
jangan lupe suruh ayie pakai rexona man, baru bio-ayie. terlebih sudah!
sebelum operation, haruslah posing ngn gaun dulu. hahahahah.
@ fae
budak ni mmg. mentega. he cannot be trusted with his own body. tu pasal aku slalu berkira2 nak kasi dia pinjam barang aku. kasi pijam beg, koyak. kasi pinjam mp3, hilang. kasi pinjam kereta, accident. mmg aku pijak jugak.
@ hadzri
bertuahla dia nak posing. ko tak nampak tu muka pasrah je gambar kena amek. haha. ada aku kesah? rasa nak snap, aku snap je. hehe.
Post a Comment