Wednesday, July 8, 2009

sengal kan aku?

hoho. konon je nak layan facebook masa post lepas tu kan. sudahnya idok jugak aku layan. aku 'ter'layan Shah Rukh Khan instead. mak korek2 jumpa CD nyah. rupanya ada yang aku hangkut bawak mai sini. suda lufer. hm harusla kasik layan sedas kan. aku bukan boleh SRK2 ni. laju je insert CD. natijahnya.. makin bersusun request aku kat facebook tu. ha lantok la. karang dah sampai seru, aku kasik clear semua. skrg tiada seruan kedengaran.


apa yg aku nak cerita kali ni sebenarnya dah a few days jadi. tapi aku segan nak tulis sbb aku rasa mcm maha bengap. tapi kalo aku tak cerita pun tidak mengurangkan kadar kebengapan, so.. what the hell kan. cerita jela ye tak.


bulan ni.. not my month. last month aku suda overspent so this month, sila rasakan. padan muka aku. shopping tak hengat ok. 5 kali nyah mak trip pi shopping centre. buang tebiat ke apa. actually.. i have my own explanation to that. aku kecewa dgn sesuatu. meruntun jiwa la katanya ni. huahaha. pale otak sampai menggadai poket. takpelaa.. benda dah lepas pun. aku dah mula menerima walaupun kadang2 tu sakit la jugak. huhuu.. tp apa boleh bikin kan. uih.. kelain pulak aku ni. dah2. so dek kerana kemuflisan aku.. aku suda kasik call bonda and bilang yg maybe bulan ni aku tak balik langsung. jadi sila jgn rindu kepada saya. kalo rindu jugak tiada tertahan.. mak jelaa yg turun sini. huahaha. takde maknanya mak aku rindu. dah dekat 8 tahun duduk jauh camni. tetiba pulak kan nak rindu2. tak kuasa.



jadi last weekend.. aku menanguk. fae suda balik kampung, mia lak pi family day. haish.. aku hengat nak ajak pi layan transformers sbb aku dah ditinggalkan oleh kawan2 yg lain *huhh..!! nyampah*. tapi tak kesah pun sbb sememangnya aku sgt penat dgn office n aku rasa nak mengangkang je kat rumah. tapi masa hari sabtu.. cousin aku call bilang she's in town n let's hang out. hm.. aku pun hangkut la adik aku n pi jumpa dia ngan abang aku di Sunway Pyramid. then tak baper menit pun jumpa.. abang aku dah kecoh2 kena balik pasal nak kena pi wedding. pastu biasalaa budak2 ni kan. baru selangkah-dua dah kebulur *aku pun sama sbnrnya. huhuu*. aku ajak mkn2 biasa2 sudaa laa kan. ajak pi nasik hayam - tamau. fast food - tak kenyang katanya. last2.. Secret Recipe y'all. sape bayar? ha akek la jugak. hm takpela. dah lama pun tak banje2 diorang kan. tapi why this month? whyyyyyyyyy???


akibatnya.. hari ahad, aku dok rumah dan berniat menikmati weekend value meal aku yakni nasik + telur + kicap. maybe to some of you.. benda tu cam sampah je kan. tapi bagi aku ia adalah sgt sedap. one of my peberet ok. so di sinilah ceritanya bermula *oh yg berjela tadi tu mukadimah je ke??* aku adalah bgn dgn tidak awal. harusla.. weekend kan. bgn2 je aku layan novel. pastu aku layan internet. pastu aku permandian. pastu aku lapar. pastu aku nak makan. pastu aku nak masak nasik. pastu aku tgk beras takde. pastu aku salin baju. pastu aku turun bawah shopping. dah alang2 tu.. aku dok hengat apa yg takde lagi kat rumah. aku beli beras, minyak, sos dan ntah pape lagi. ok.. semua bahan sudah cukup ye puan2. jadi mula2 kita masak nasi.


bahan2nya..

1 cawan beras
air paip secukup rasa


cara membuatnya..

masukkan secawan beras ke dalam rice cooker. bilas hingga yakin. dan sukatkan air semahunya. tanak hingga masak. sedia dihidang.


so sementara menunggu nasik masak tu aku menyambung berinternet. ntah ape yg aku buat. saje nak lupakan rasa lapar tu kan. pastu tetiba terdengar bunyik "tikkk". yeay..!! suda masakk. tapi mak aku bilang kalo nasik baru naik kena biar dulu. sbb belum kering abes lagi sebenarnya tu. eh tapi dek kerana lapar aku kasik bukak periuk. amek bau. bau suda baekk. menyelerakan. bukak2 tgk.. uih.. nape kaler dia lain macam jek. very the yellowish. air karat ke? tapi takde pun masa aku bilas tadi. aku pun menguis2 nasi itu dengan sudu. guess what.. it's sticky. jadi apa maksudnya di situ? maksudnya aku adalah sengal! yang aku beli tadi tu adalah beras pulut ok!!! huarghhhhhhh~..... patutla masa bilas tu mcm rasa dia licin smcm je. tapi aku takdela amek pusing pun. sbb beras kan mmg mcm2 kisah ada. then aku tgk balik beras yg aku beli tadi. mcm biasa je. i mean.. sama je! apanya yg lain?? aduih.. dahla lapar. carutan betul laaaa.


aku pun keluarkan makhluk tu then kikis2 kerak dia dgn susah payah pastu turun balik beli beras. kalini aku pi beli kat kedai yg aku penah beli beras *yg sebenar* sebelum ni. rak yg sama. yang aku mmg hengat. tak syak lagi. amek, belek, yakin, bayar n naik pi masak balik nasik. aku sudah lapar dgn amat sbb masa tu dah lepas asar pun dan aku belum makan apape! "tikkk". akhirnya nasik aku masak! bergegas aku ke dapur sambil girang. seperti biasa.. amek bau. kasik serap tenaga batin sebelum memulakan masakan *alah goreng telur je pun*. then kasik fokus penglihatan.. it was pulut yet AGAIN!!!! ya ampunnnnnn... huargghhhhhhhhhhhhhh... ape ni??? menci! menci!


amek ko ada 2kg beras pulut kat rumah aku. apa mau bikin tu? last2 Maggi jugak yg aku cekik. takdenye aku nak turun2 lagi. putos selera. dahla lapar tahap dewa. karang keras tgh jalan sape nak jawab? kamben tol laaa. pastu later that day.. fae balik. aku pun main teka teki teka tekuk dengan dia sambil dia makan manggis. aku bawak kedua2 fauna yg aku beli tadi *dgn harapan agar aku tidak sebodoh mana and the mistake of telling beras and pulut apart is very human and it happens everyday around the world and there's nothing terribly wrong about it*. aku semonyitkan tangan2 pastu keluarkan tangan kanan dulu.


aku: ni ape ni fae?

fae:
*si rabun. dia dok tarik dekat2 kat dia pastu baru jawab* beras pulut. kenapa?


aku:
*demn.. terernyaaa*



pastu aku pun simpan balik tangan kanan and keluarkan pulak tangan kiri. mesti fae pelik tahap nak tampar je tgk kelakuan aku yg ntah-pape-ntah tu.


aku: yang ni ape fae?

fae:
*doing her rabun action dan jawab* tak baper nampak, tapi rasanya beras pulut gak tu. dah kenapa ko tanya ni nyah?


aku:
*terpinga-pinga* eh camaner ko tau bukan beras ha nyah??? sama jeeeee..



aku pun citer la kat fae segalanya. ha harusla kena gelak. ko ingat dia nak lepaskan aku begitu saje? later that nite kami berdua turun pi beli beras yg sebenar-benar beras dan tiada yang lain selain beras. kali ni sohih.


jadi kesimpulannya aku pun tak taula apa spesis bingai aku ni. ya Allah.. iyala tak tau masak tapi kot iya pun fazlin.. takkkkannn la beras ngan pulut pun ko tak boleh bezakan. gila kronik dowh. aku tak call lagi mak aku di atas 'pencapaian' aku ni. mau aku kena azan. pastu mak aku akan CNN-kan ke serata keluarga. nescaya menjadi bahan cerita selama beberapa keturunan. argghhhhhh.. tidakkk.


oklaa.. to my defense la kan *mesti kena defense*.


one.. aku tak makan pulut. pulut kuning jela kot yg aku sker. pulut2 lain aku adalah tak reti makan. jadi aku pun takdelah pulak nak pi amek tau asal usul kejadian beras2 pulut ni. yg aku penah tgk, kalo ikut mak aku pi pasar.. biasanya mcm nampak dia kaler hitam or mcm gemuk2. so mmg takde dlm akal aku la yg beras pulut tu look like beras.


two.. disebabkan pulut bukanla makanan ruji kita.. means, maybe mcm kalo nak bikin kuih or masak2 kenduri la kot kan baru guna. kalo everyday life biasa nasik la ye tak. jadi aku cam rasa pulut tu tak senang nak carik. kat pasar or supermarket mungkinla banyak tapi tak terlintas la pulak kat kedai runcit ntah-pape-ntah bawah blok aku ni pun nak jual jugek! so itu pasal la aku tak syak apape. pastu ada hati nak budget bijak tamo pi tanya. ha padanla muka.


three.. my lesson of the day is that beras adalah jernih dan pulut tidak. that's how u differentiate. tapi masalahnya nyah. penah je aku jumpa beras yg tak jernih. beras yg biasa2 je tu bukan ke mcm tu gak tahap ketelusan dia *ketelusan katanya.. transparency tu maksudnya ya kawan2*. eh entahla.


so iya.. aku adalah malu. my mom cook for living. but yet her only daughter cant even tell beras apart. am i adopted?


tapi kerana peristiwa itu tetiba timbul kesedaran aku utk belajar memasak. pintu hati belum terbuka la tapi pintu gate hati sudah kot. yelaa. aku bukannya muda lagi kan. bilanya lagi aku nak blajar. aish.. tapi bonda jauh la pulak. mana mau carik buku Idiot's Guide to Cooking eh? apa pun.. aku harap bakal mak mertua aku bukanlah seorang blogger tegar. matilaa kalo dia baca ni. reject! get loose! foot loose!


so itu la dia ceritanya. sengal kan aku?

11 comments:

Aswad Mustafa said...

ohoi kak long, masak pulut bkn nak panggil wat kenduri... hakhak...

ps:- "tabahkan atie mu, menempuh dugaan mengajar erti kesabaran..." <-- sila nyanyi 2 kali untuk kes nie... =))

hadzrix said...

hahahahhahahahahahahahahahhahaa. saket rectum aku bace ni. hahahahahahahhaa.

.Faezah Zakaria. said...

natijahnya, mak yang kenyang nyah. bersama kari dalam tin gamba chef wan tu. haih, ni la jadiknya kalau takde guidance aku kat rumah.bawak-bawakla belaja masak. nescaye,senang kehidupan weekend aku nanti. wahahaha..

Fazlin said...

to aswad:
kalo korang rela makan pulut with telur and kicap, xde hal. kita kasik kenduri! boleh doa2kan sket aku ni kan.

to hadzri:
ko gelak ke sembelit nyah sakit kat bahagian yg dinyatakan itu? kurang kesenonohan btol.

to fae:
nasib baik ko reti jugak la nak mengaplikasikan itu pulut nyah. kalo aku mmg dah sedekah kat tong sampah je. baiklah. aku akan mula blajar masak. wahh.. nescaya sujud syukur mak aku kalo dgr ni.

Anonymous said...

hahaha.
cm kesiyal.
ko mmg cool n macho la fazlin.
mak taste.*tetbe*

Fazlin said...

taste katanya~.
walaupun mak tak baper penah jumpa ko nyah, aura tiga suku ko tu dah lama sampai. harusla osmet aku yg punya kerja. haha. salam perkenalan. reza kan nama ko? ke aku salah orang?

.Faezah Zakaria. said...

ahaha, ko hengat ko bagi komen kat Fazlin. ko boleh join kitorang lepak aa? please...wakakaka. (saje jadik fire stone).

Anonymous said...

motip??
ke hengat mak hadap sangat ke nk lepak2 ngan ko?
lg2 ade ko si singa betina al satyamite *ampunn*

suke beno ko nk putuskan talian2 sesama muslim nih *eh ade kaitan ke?haha*mohd faz ok je berbudi bahasa.ko?yg ADO!!

tup2 nnt ak kua lepak2 ngan fazlin n yg lain je.senyap2 x ajk ko.
how?kn fazlin kn?
*oppst tetbe*

Anonymous said...

mohd fazlin.
apekah maksud ko aura 3 suku?
ko carut mak kew??
hahahaha

Fazlin said...

ahhahaa. tapi bukanla takleh terus sebenarnya nurul reza. kami tetap menerima ahli baru asalkan dia sanggup memenuhi syarat2. senang je. ko kena sediakan:

7 dulang hati nyamuk
7 dulang KFC *original pastu nak bahagian thigh ngan drumstick kay. air pepsi. take away. oh mintak sos lebih eh.*
7 tiket penerbangan beserta penginapan mengelilingi dunia
7 kereta mewah pelbagai jenis
1 jambatan emas dari Green Ixora ke Public Bank
1 jambatan perak dari Green Ixora ke Satyam ko yg perak suda fae =P
1 mangkuk darah ko

itu je.. lepas tu ko mmg abadi la menjoin kitorang lepak. acam?

p/s: mana mak carut ko nyah.. tak baik ko tuduh2. tiga suku tu maksudnya ensem.

:: red hoodie :: said...

motif nurul?
mak never nurul ya.
mak always siti nur. *tros tarik key #f sharp seindah biasa*
pls take note!! *matilla gila*

kn?
ko sama je aura al kebab ngan osmet ko tuh.
cume kadar kritikal masing2 je yg berbeza.
sbb ko al kebab kacukan monyet *cool n klaka*
sedangkan pae al kebab kacukan singa *emo*
*ampunnnnn.suka2 je ak buat kacukan kn?haha*

nok.kegilaan ko meminta sume2 yg xperlu itu kose mak nk tunaikn sbb suma itu gila!! *sila baca words terakhir dgn kuat*

tp yg paling menyayat hati mak ialah apabila ko dgn banggenye menggelarkan rumah flat kos rendah warne ijau2 yg hamper pudar itu sbg Green Ixora!cantek ke ko nk feeling2 apartment hartamas??
*matilla rumah flat kos rendah*

*ya tuhan...ampunnnnnnnnn!*
lariiiiiiiik

-harusla xdpt join korang lepak.hahaha